NOTIS
Bermula 1 September 2018, perkhidmatan kawalan keselamatan telah bertukar daripada Teras Guard kepada Maxpro.

NOTIS 2
Penguatkuasaan kad akses ditunda kepada suatu tarikh baharu kerana sistem kawalan keselamatan masih dalam proses pembaikan.

Penduduk yang mempunyai bayaran tertunggak 3bulan dan ke atas akan disekat kad aksesnya dan dilayan seperti pelawat/ visitor.

Thursday, August 30, 2018

PENGGANTIAN PALANG ROSAK

TARIKH : 30 OGOS 2018
HARI : KHAMIS

Palang jenis MAG 4meter telescopic Alluminium yang telah patah dan rosak telah diganti. Terima kasih kepada JKP Encik Eric dan penduduk Encik Ah Seng yang menyumbangkan masa dan tenaga untuk kerja-kerja pembaikan. 

Pada masa hadapan, sesiapa yang melanggar palang dan menyebabkan kerosakan perlu menggantinya dengan harga RM500 berserta denda.








Monday, August 27, 2018

PENYELENGGARAAN SISTEM KAWALAN KESELAMATAN

TARIKH : 27 OGOS 2018
HARI : ISNIN

Pembaikan dan pemulihan sistem di pondok kawalan keselamatan masih dalam proses. Buat masa ini, CPU telah diformat dan reader di laluan masuk pelawat/ visitor telah ditukar. Kini, reader bagi kedua-dua laluan masuk penduduk dan pelawat berfungsi dengan baik. Oleh itu, sila gunakan kad akses untuk masuk ke taman.

Terima kasih kepada penduduk Encik Shahrizan, JKP Encik Eric dan Encik Pei Guan yang bersama-sama dalam proses ini. Pembaikan di bahagian laluan keluar (reader dan palang) akan diteruskan dari masa ke masa, bersesuaian dengan bajet persatuan.