NOTIS
Bermula 1 September 2018, perkhidmatan kawalan keselamatan telah bertukar daripada Teras Guard kepada Maxpro.

NOTIS 2
Penguatkuasaan kad akses ditunda kepada suatu tarikh baharu kerana sistem kawalan keselamatan masih dalam proses pembaikan.

Penduduk yang mempunyai bayaran tertunggak 3bulan dan ke atas akan disekat kad aksesnya dan dilayan seperti pelawat/ visitor.

FAQ

Frequently Asked Questions (FAQ)

YURAN PENYELENGGARAAN & KAD AKSES

Q : Berapakah yuran penyelenggaraan yang perlu dibayar penduduk?
A : Yuran penyelenggaraan perlu dibayar secara bulanan iaitu RM100 untuk setiap rumah. Yuran perlu dijelaskan sebelum 25hb dalam bulan tersebut.

Q : Saya merasakan yuran RM100 terlalu mahal. Mohon JKP turunkan bayaran yuran bulanan.
A :  Yuran yang dikutip digunakan untuk membayar perkhidmatan Syarikat Kawalan Keselamatan (+/- RM20,000 sebulan), permit tahunan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), penyelenggaraan berkala sistem keselamatan (CCTV, palang, card sensor, loop detector, sistem komputer), program bersama penduduk seperti Mesyuarat Agung Tahunan dan lain-lain lagi. Peratus penduduk yang membayar masih belum mencapai sasaran.

Q : Saya telah membuat bayaran sekian lama dan tidak menerima resit pembayaran.
A: Dapatkan resit pembayaran daripada Bendahari. Bagi yang membuat bayaran melalui Online Banking, simpan resit transaksi sebagai bukti.

Q : Saya baru membeli rumah di sini dan pemilik rumah sebelum ini mempunyai baki yuran bulanan tertunggak.
A : Pembeli rumah seharusnya menyelidik dahulu sekiranya rumah yang dibeli mempunyai sebarang tunggakan bil/ yuran penyelenggaraan. Bincang dengan pemilik rumah terdahulu.

Q : Saya hanya menerima dua keping kad akses yang dibekalkan oleh pemaju. Sedangkan saya mempunyai empat kenderaan di dalam taman.
A: Dapatkan kad akses tambahan daripada JKP (Jawatankuasa Penduduk) / Bendahari dengan harga RM30 per kad. Kad akses perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum diserah kepada penduduk. 

Q : Saya ingin membeli 7 keping kad akses untuk ahli keluarga saya.
A : Setiap rumah hanya dibenarkan untuk memiliki kad akses sehingga 4 keping sahaja.

Q : Kad akses saya telah rosak / tidak boleh dibaca / hilang.
A : Beli kad baharu daripada JKP / Bendahari dengan harga RM30.

Q : Terdapat penduduk yang tidak membayar yuran bulanan dan masih menggunakan kemudahan di taman secara percuma.
A: JKP tidak akan melayan sebarang permasalahan daripada penduduk yang tidak membuat bayararan yuran penyelenggaraan. Penduduk yang tidak membayar yuran bulanan, kad aksesnya akan disekat dan akan dilayan seperti pelawat (visitor).

Q : Saya mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikan bayaran yuran penyelenggaraan tertunggak.
A : JKP boleh menggunakan budi bicara bagi penduduk yang masih komited untuk menyelesaikan bayaran yuran penyelenggaraan. Sila berjumpa dengan Bendahari untuk berbincang.





ADUAN

Q : Jiran saya membuat renovasi major pada hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan bunyi bising mengganggu keluarga saya untuk berehat.
A : Isikan borang aduan DI SINI dan JKP akan menyiasat/ mengeluarkan notis kepada penghuni tersebut.

Q : Jiran saya membuat renovasi rumah dan tidak membersihkan sisa pembinaan.
A : Isikan borang aduan DI SINI dan JKP akan menyiasat/ mengeluarkan notis kepada penghuni tersebut. Sekiranya tidak akur, JKP akan membuat aduan kepada pihak majlis. 

Q : Saya menerima saman bernilai RM500 daripada pihak majlis kerana melakukan renovasi rumah. Pihak JKP seharusnya memberi notis kepada saya terlebih dahulu.
A : Pihak majlis membuat rondaan di sekitar kawasan taman dari masa ke masa dan hal ini di luar kawalan JKP. Jiran yang membuat aduan terus kepada majlis juga adalah di luar kawalan JKP.


Q : Sewaktu kenderaan saya melalui laluan keluar masuk taman, palang turun secara tiba-tiba dan menyebabkan kesan kemik pada kenderaan saya.

A : Isikan borang aduan DI SINI dan JKP akan menghubungi anda untuk tuntutan ganti rugi serta mengambil tindakan sewajarnya agar perkara yang sama tidak berulang.

Q : Saya telah membuat aduan kepada JKP namun tiada maklum balas/ tindakan diambil.
A : JKP memerlukan aduan secara hitam putih untuk direkodkan. Aduan rasmi boleh dibuat sama ada dengan mendapatkan borang secara manual daripada JKP ataupun mengisi borang secara online DI SINI. Maklum balas akan diberikan dalam masa tujuh (7) hari kerana JKP perlu berbincang terlebih dahulu bagi menyelesaikan sebarang permasalahan.

Q : Jiran saya sering menghalang laluan rumah saya ataupun memarkir kenderaan sesuka hati.
A : Isikan borang aduan DI SINI dan JKP akan mengeluarkan notis kepada penghuni tersebut. 






No comments:

Post a Comment