NOTIS
Bermula 1 September 2018, perkhidmatan kawalan keselamatan telah bertukar daripada Teras Guard kepada Maxpro.

NOTIS 2
Penguatkuasaan kad akses ditunda kepada suatu tarikh baharu kerana sistem kawalan keselamatan masih dalam proses pembaikan.

Penduduk yang mempunyai bayaran tertunggak 3bulan dan ke atas akan disekat kad aksesnya dan dilayan seperti pelawat/ visitor.

HOUSE RULES

KAD AKSES
  1. Sentiasa gunakan kad akses untuk memasuki kawasan taman.
  2. Penggunaan kad akses adalah tertakluk kepada bayaran bulanan penduduk. Kad akses akan disekat sekiranya bayaran bulanan tidak dijelaskan selama 3 bulan berturut-turut.
  3. Sekiranya penduduk tidak membawa kad akses, sila mendaftar di gate (visitor/ non-paid resident). Pihak persatuan menyediakan buku log untuk kegunaan penduduk.

KESELAMATAN
  1. Pastikan kelajuan kenderaan tidak melebihi 30km/j ketika berada di kawasan taman.
  2. Pastikan kenderaan tidak diletakkan di kawasan yang menghalang laluan utama dan lorong. Hormati jiran anda, jangan meletakkan kenderaan anda di laluan masuk ke rumah jiran anda.
  3. Pelawat/ penduduk yang melanggar palang keselamatan dan menyebabkan kerosakan dikehendaki mengganti palang dengan nilai wang ringgit RM500 untuk satu palang berserta dengan denda.

KEBERSIHAN 
    1. Sila pastikan persekitaran kawasan rumah anda berada dalam keadaan yang bersih. Pihak persatuan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya ada aduan berkaitan kekotoranyang mendatangkan kemudaratan di kediaman anda.
    2. Pastikan haiwan peliharaan anda tidak berkeliaran dan menggangu jiran anda. Pihak persatuan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya ada aduan berkaitan haiwan peliharaan anda.

    KERJA PENGUBAHSUAIAN RUMAH/ PENYELENGGARAAN BERAT
    1. Dibenarkan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang.
    2. Tidak dibenarkan pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, serta cuti umum, agar tidak menggangu jiran.
    3. Kerja-kerja ringan dan tidak melibatkan bunyi bising dibenarkan, tetapi perlu mendapatkan kebenaran jiran sekitar.

    No comments:

    Post a Comment