NOTIS
Bermula 1 September 2018, perkhidmatan kawalan keselamatan telah bertukar daripada Teras Guard kepada Maxpro.

NOTIS 2
Penguatkuasaan kad akses ditunda kepada suatu tarikh baharu kerana sistem kawalan keselamatan masih dalam proses pembaikan.

Penduduk yang mempunyai bayaran tertunggak 3bulan dan ke atas akan disekat kad aksesnya dan dilayan seperti pelawat/ visitor.

Saturday, September 22, 2018

PROGRAM SERAHAN PELEKAT KENDERAAN

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG


JKP Taman Pulai Hijauan akan mengadakan program serahan pelekat kenderaan sebagai langkah keselamatan tambahan, seperti ketetapan diatas. Pelekat hanya akan diserahkan kepada penduduk yang membuat bayaran bulanan.


Penduduk juga boleh membuat semakan tunggakan dan bayaran bulanan di kaunter yang disediakan.



Sunday, September 9, 2018

KERJA MEMBAIK PULIH SISTEM KESELAMATAN

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2018
HARI : AHAD

Kerja-kerja membaik pulih sistem di pondok kawalan keselamatan giat dilakukan bagi memastikan penguatkuasaan kad akses dapat dibuat dengan segera. JKP menyasarkan tarikh 17 September 2018 sebagai tarikh penguatkuasaan penuh penggunaan kad akses di laluan keluar masuk taman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Encik Shahrizan dan penduduk Encik Ah Seng yang bertungkus lumus seharian dan sanggup berhujan panas demi kesejahteraan kita semua.











PENANAMAN POKOK

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2018
HARI : AHAD

Kerja-kerja penanaman dan penggantian pokok yang telah mati oleh pihak SWM Environment telah selesai dijalankan. Aduan berkenaan lubang-lubang yang terdapat di taman juga telah dikambus sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada Encik Amran dari SWM yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam hal ini.

Semoga kita dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai penduduk dengan mengekalkan keindahan dan kebersihan di taman ini.





Thursday, September 6, 2018

AMARAN LUBANG DI TAMAN

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2018
HARI : JUMAAT

Berhubung lawatan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pada 4 September yang lalu, pihak SWM environment telah memulakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan pada hari ini. 

Buat masa ini, para penduduk dinasihatkan untuk berhati-hati dengan lubang-lubang yang terdapat di taman. Lubang-lubang ini adalah untuk tujuan penanaman pokok baharu bagi menggantikan pokok-pokok yang telah mati. Semoga usaha ini dapat menceriakan lagi pemandangan di taman kita.



KERJA- KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2018
HARI : JUMAAT

Pihak pemaju Hua Yang menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang bersebelahan Jalan Penaga 2. Terima kasih kepada JKP Encik Eric dan Encik Saiful (pemaju) yang terlibat dalam usaha ini. Satu unit jentera loader dilihat menyodok kotoran-kotoran yang menyekat laluan air di longkang tersebut.









NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2018
HARI : SELASA
MASA  : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG

Pihak TNB telah mengeluarkan satu makluman tentang gangguan bekalan elektrik yang melibatkan beberapa kawasan termasuk Taman Pulai Hijauan, seperti ketetapan di atas. Diharap para penduduk bersedia dengan gangguan ini dan dapat membuat perancangan dengan sebaik-baiknya.

Jika terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan TNB Careline 15454.


Monday, September 3, 2018

MAKLUM BALAS ADUAN LUBANG DI TAMAN

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2018
HARI : SELASA

Pada 2 September 2018, JKP Encik Eric telah membuat aduan kepada pihak berwajib berkaitan beberapa lubang yang dikesan di kawasan taman.

Encik Nizam, pegawai dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah hadir sendiri ke taman untuk melihat perkara ini. Antara maklum balas yang diterima ialah pihak SWM environment akan menutup lubang tersebut dan meminta JKP menghubungi Encik Amran dari SWM untuk urusan selanjutnya.









PEMANTAUAN PONDOK KAWALAN

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2018
HARI : ISNIN

JKP Encik Eric dan Encik  Pei Guan melakukan pemeriksaan di pondok kawalan keselamatan. Terima kasih kepada Encik Shahrizan (penduduk) yang turut membantu.